Bab 3 : Tamadun Awal Asia Tenggara

Views
Pengaruh agama Hindu /Buddha dalam kerajaan awal.

Proses permulaan kedatangan pengaruh Hindu/Buddha.
1. Peranan Ksyatria atau tentera – melalui penaklukan.
2. Peranan pedagang atau Vaisya.
3. Peranan Brahmin atau pendeta.
4. Penyesuaian budaya India yang menarik sahaja dengan budaya tempatan berlaku, buktinya arca bercirikan Asia Tenggara di Srivijaya – ikatan tali kulit harimau hanya ada di Srivijaya.
5. Aspek Hindu/Buddha yang diambil berbeza antara seoang pemerintah di Asia tenggara dengan pemerintah Asia Tenggara yang lain – di Kedah Tua(Buddha), Dieng di Indonesia (Hindu), Pulau Bangka (Hindu mazhab Vishnu).
6. Pengaruh Hindu/Buddha berlaku serentak dengan hubungan perdagangan, apabila Rom menghentikan perdagangan emas ke India maka India beralih mendapat emas di Asia Tenggara.

Pengaruh Hindu/Buddha dalam sistem pemerintahan.
1. Gelaran raja bermula selepas kedatangan pengaruh sistem beraja India. Di bawah raja ialah kerabat diraja dan pembesar termasuk ahli agama seperti Brahmin. Selepas itu rakyat dan hamba (bawah sekali).
2. Raja berkuasa mutlak dalam semua hal, perintahnya menjadi undang – undang, menentangnya dianggap derhaka. Walau bagaimanapun raja harus adil kepada golongan diperintah.
3. Rakyat takut derhaka maca muncul konsep dewa-raja yang mempuntai sakti. Unsure mitos dan lagenda digunakan untuk memperkuatkan kedudukan pemerintahannya.
4. Upacara pertabalan dipimpin oleh Brahmin bertujuan membezakan kedudukan raja daripada golongan diperintah.
5. Raja yang terpengaruh sistem Buddha/Hindu membina kompleks kota yang melambangkan alam semesta (orde kosmos). Negara dianggap alam semesta, raja dan ibu kota ialah pusat alam (pusat pemerintahan), maka raja perlu mengatur kesejahteraan negara dan rakyat (alam semesta).

Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan Angkor.
1. Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavaram II.
2. Raja dianggap raja dewa.
3. Raja dibantu pembesar atau gabenor di daerah.
4. Brahmin pula berperanan dalam upacara agama.
5. Raja juga dibantu oleh pembesar dikalangan pegawai tentera dan hakim.

Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan Srivijaya.
1. Pengaruh yang muncul ialah agama Buddha Mahayana.
2. Raja dibantu pentadbiran pusat dan daerah.
3. Pentadbiran pusat terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan raja putra. Seorang daripada mereka bakal menggantikan raja kecuali raja putra kerana beliau anak gundik.
4. Di bawah anak raja ialah ketua pentadbiran pusat (parvanda atau senapati), seterusnya pegawai lain seperti haim, temenggung dan penghulu.
5. Kedudukan hamba terletak paling bawah sekali.
6. Pentadbiran daerah ditadbir oleh Datu (dilantik raja) dan bhupati (orang-orang kaya).
7. Datu perlu bersumpah taat setia di Telaga batu Palembang, berdasarkan bukti jumpaan batu bersurat di situ.

Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesenian monumen.
1. Monumen ialah binaan/bangunan daripada batu untuk memperingati orang ternama atau peristiwa penting seperti candi/kuil, wat/stupa, arca dan patung.
2. Candi – berperanan sebagai rumah ibadat, menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya, menyimpan patung dewa utama dan lambing kehebatan raja.
3. Angkor wat dan Borobudur melambangkan order kosmos.
4. Rumah ibadat di Thailand, Kemboja, Vietnam disebut wat, tetapi di Burma disebut stupa, di Indonesia disebut candi.
5. Candi Dieng dan Prambanan di Indonesia untuk agama Hindu, tetapi candi seperti Chaiya dan Yarang di Thailand untuk agama Buddha.
6. Patung Hindu seperti patung dewa Siva, Brahma, Durga.
7. Patung Buddha seperti patung Avalokitesvara.
8. Candi dan patung di Asia Tenggara hasil campuran gaya tempatan dan India. Antara pengaruh India tersebut ialah patung zaman Dinasti Gupta.

Pengaruh Hindu dalam kesenian Angkor Wat.
1. Angkor Wat dibina di siem Reap untuk agama Hindu.
2. Candi ini mempunyai tempat pemujaan, menara, tembok.
3. Ia juga mempunyai ukiran Ramayana dan Mahabrata.

Pengaruh Buddha dalam kesenian Borobudur.
1. Candi di Jawa Tengah ini untuk agama Buddha Mahayana.
2. Ia mempunyai 3 tingkat iaitu sila, samadhi dan panna, setiap tingkat dwakili oleh patung stupa dan patung Buddha.
3. Di tingkat pertama diukir cerita Gautama Buddha.

Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesenian candi Lembah Bujang.
1. Candi Lembah Bujang terdapat di Bukit Batu Pahat Pendiat dan Pangkalan Bujang.
2. Candi Hindu – terbahagi 2 iaitu Vimana ( bahagian suci tempat arca keagamaan ) dan Mandapa ( bahagian luar).
3. Candi Buddha – memiliki pelan jenis cruciform.

Pengaruh bahasa Sankrit.
1. Bidang intelektual – batu bersurat tulisan sankrit mengandungi maklumat agama, pemerintahan, raja. Contohnya di Kutei tentang keturunan raja, di Sg Mas Kedah Tua mengenai agama Buddha.
2. Inskripsi di Palembang memaparkan kemahiran pahat batu yang tinggi – penulisnya mempunyai asas yang kukuh dalam bahasa sankrit.
3. Bahasa sankrit ini juga digunakan dalam kitab – kitab keagamaan dan bahasa.
4. Bahasa sankrit telah disesuaikan dalam bahasa Melayu seperti perkataan dukkha (duka), dorhaka (derhaka).
5. Bahasa sankrit juga terdapat dalam kitab sastera Hindu, Buddha, Tamil.
6. Bahasa ini menjadi bahan ilmu dan komunikasi kerajaan awal Asia Tenggara.

Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesusasteraan.
1. Pengaruhnya terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabhrata serta Puranas (sastera klasik Asia Tenggara).
2. Pengaruh dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama, Sutasoma.
3. Epik disampaikan melalui kesusasteraan, cerita lisan dan teater seperti wayang kulit.
4. Karya Mahabrata diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya.
5. Karya Ramayana pula melahirkan HikayatSeri Rama.

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini