Bakal Isteri Jehan Miskin Warga Korea

Views

Bakal Isteri Jehan Miskin Warga Korea | Desas-desus yang menyatakan bakal isteri Jehan Miskin adalah seorang gadis Korea ternyata benar. Jehan Miskin dilaporkan akan mengakhiri zaman bujangnya dengan gadis tersebut pada hari Sabtu ini dalam sebuah majlis di Carcosa Seri Negara. Berkata kepada Harian Metro hari ini, Jehan memberitahu akan menceritakan segalanya di hari pernikahan kelak. Kata Jehan:-

“Buat masa sekarang saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai percintaan saya, siapa gadis itu, di mana saya berkenalan dan sebagainya."

“Saya akan ceritakan segalanya nantio selepas selesai majlis pernikahan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jehan berkata, majlis berkenaan akan dibuat secara ringkas di Carcosa Seri Negara dan hanya menjemput 100 tetamu termasuk keluarga dan teman rapat. Malah kata Jehan, majlis akan dibuat sekali sahaja untuk kedua-dua belah keluarga.

“Keluarga bakal mentua saya bakal datang dari Korea, ibu dan kakak saya yang menetap di Amerika Syarikat juga akan turut meraikan perkahwinan saya ini,” katanya.

Jelas Jehan, majlis yang bermula pada pukul 2 petang itu akan dimulakan dengan acara akad nikah, bersanding diikuti majlis minum petang.

Sumber ; Fuh.My

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini