IT dan Biz | Saya nak minta pendapat anda :')

Views
Assalamualaikum . Belum lagi genap seminggu miraa kat dalam Pra-U , dah macam-macam persoalan yg timbul . A lil' bit takut bila dengar penerangan/pendedahan tentang mata pelajaran yg ada di Pra-U dan PBS serta benda lain lagi berkenaan tu . Memanglah guru-guru kat sekolah banyak bagitahu kebaikan Pra-U . Tapi sebelum ambil keputusan nak daftar tu , ada dalam 5 orang guru yg sarankan saya untuk sambung ke IPT yg lain . Nak kata guru-guru tu buat lawak , mengarutlah . Cikgu yg cakap ni semua yg memang saya respect dan percaya . Guru Pra-U pun ada bagi nasihat yg sama . Dan baru-baru tu pun dengar "something" yg menakutkan .

Saya memang boleh belajar . Tapi kalau saya kurang minat saya susah sikit nak belajar . Nak kata saya minat bisnes , tapi akaun saya takde lah cemerlang sangat . Setakat cukup-cukup senyum je . Mengira saya ok , Alhamdulillah . Dan kalau nak kata pengalaman kasaq , saya mula meniaga masa daja tiga kalau tak silap . Bukan lah meniaga yg macam sekarang ni . Kecil-kecil je . Kan masih budak-budak . Sampailah sekarang , saya jalankan biz online kecil-kecilan je . Itu pun sebagai orang tengah . Orang kata "dropship". Kalau keberanian , saya memang berani memasarkan sesuatu produk tu kalau ada keterangan lengkap dan tak merbahaya .

Dalam IT pula , saya mula belajar pasal ni masa tingkatan 1. Masa ni belum ada internet kat umah . Kuno kan . Huhuhuk . Dan saya mula gabung biz dengan it pertengahan tingkatan 3 . Ramai yg order edit gambar dengan name tag serta keychain . Sampailah ke tingkatan 4 bila saya mula mengenal blog dan doodle . Disana saya mula mengambil upah untuk edit blog dan grafik lain . Tapi bukan lah macam blogger lain yg memang power design blog dorang . Target saya cuma pelajar-pelajar sekolah sebab saya belum lagi mahir tentang web designing . Kadang-kadang bila ada masa , saya selalu juga berangan buat rumah begitu-begini . Semua design saya guna lakaran tangan kemudian dipindahkan ke digital .

Tapi semua tu bukan lah apa yg saya takutkan . Itu sahaja yg saya rasa saya minat BUAT MASA INI . . Persoalan yg muncul , "Kerja apa?". Saya tak berhenti memikirkan benda ni . Bila saya tengok blogger lain kan , dorang masing-masing ada kerjaya yg memang wow . Sebagai contohnya Mia Liana . Saya memang betul-betul suka . Tapi dalam masa yg saya , saya suka dengan blogger yg lain yg berada dalam biz . Kebanyakan yg saya apply berkaitan dengan IT dan Biz . Ada yg kata saya patut teruskan dengan Pra-U . Ada yg kata Pra-U buang masa . Ada yg kata Pra-U memudahkan kita dan macam-macam lagi . Baru-baru ni skor kerjaya yg paling tinggi dalam diri saya ialah Enterprising . So disana wujud kebingungan . Saya harap senior-senior saya ada yg baca dan tolong saya . Saya takut salah jalan . Kalau tak pun , abang/kakak bagi lah pendapat tentang dua course yg saya sebut ni . Benda berdua ni tak boleh lari dari fikiran saya . Dan abang Hakimie tadi ada cakap that "sekarang orang paling cari student yg otak dia mahir marketing" . Saya harap ada yg sudi bagi pendapat X')

Jom derma :-)
       
Terima kasih ;*

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

2 comments:

  1. Nak bg pendapat boleh tak dear???
    Hani student prau jugak!
    Memang prau pilihan terakhir bg kita...Betul tak??
    Dulu hani pun memang tak nak masuk prau ni..
    KEbaikan prau msti mira dah tahu kan...Memang prau mudah nak masuk u bila dah habis nanti sebab studnt pra u memang dorang akan bg peluang yang banyak..then kalau tak masuk u pun..sijil stpm memang boleh mohon untuk dapat kerja.Pra u mcm diploma la kiranya...Then jimat masa kalau dibandingkan dengan diploma...tapi..untuk lulus dan pointer tinggi agak susah kalau kita tak usaha lebih..Memang kena stragle gile2.Kalau nak masuk pra u tak boleh main2.Kena pastikan pointer kita tinggi.Kalau tak memang akan jadi sia2.
    Tu atas diri sendiri jugak...
    kita yang akan tentukan kemana hala tuju kita..
    Bg hani..memang pilihan terbaik amik pra u.
    Kalau mira nak teruskan...mira kena stdy betul2 agar tak sia2 dan menyesal...

    ReplyDelete
  2. better bisnes la mira sebab nampak mcm mira minat ke arah bisnes gitu...
    Sbb pra u ada pengurusan perniagaan..mira boleh amik subjek tu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini