Life ... Ummm .. Aaaa... Uuu -.-

Views
Assalamualaikum dan selamat malam . Hehe ada some entry peserta bookmark tu yg cakap that miraa dah jarang update fasal life . Actually tak tahu apa yg nak di karang . Sebab bila dah ramai pageviewers ni *perasan* , tak semua kita boleh kongsi  . Terutamanya fasal family dan boyfriend . Hehek bila kita story fasal bf , dikhuatiri ada orang bengong akan goda bf kita == tahu lah kan skg ni pantang nampak orang bahagia . Disana lah ada orang akan kacau . "Sedangkan suami isteri pun boleh bercerai, inikan pula bfgf" well kau takde life ke nak cakap macam tu ? Kerrr memang kau jenis yg suka hancurkan hubungan orang ? Haha .

Miraa dengan buah hati miraa tu okay je skg . Dah masuk tiga tahun sebulan lebih dah pun . Siapa tak gembira kan ? Hehek . Tapi kami masih lagi berjauhan . Walaupun miraa sambung belajar , tapi tak cukup jauh lagi . Masih melekat kat pulau Borneo ni . Sarawak je . Hee . Dulu aim kat Adtec . Tapi tak dapat . Takpe lah . Takde rezeki . So stay lah miraa ni kat Sarawak nanti untuk tiga tahun menuntut ilmu . Kalau ada rezeki dan dapat kerja after dapat Dip tu , alhamdulillah . Miraa jemput korang ke kenduri miraa . Haha kenduri pe ? Alaa yg ada kaitan dengan nasi minyak . Hahaha . Terima kasih kat yg doakan hubungan kami berkekalan :') Doa korang sangat bermakna . Eseseh . Hehe .

Blog pula ... Umm miraa tatau kenapa miraa rajin sangat buat segmen dodol dan yg lain . Tapi bila nak pos je , mesti ada masalah dan bila nak upload je dodol tu mesti ada benda menghalang . Miraa ni memang kut suka buat kerja banyak-banyak dan melengah-lengahkan masa . Hahaha . Now ada lagi beberapa belas doodle yg belum siap . A bit sakit hati bila internet ni tak nak bagi kerja sama . Kerja edit blog pula makin slow . Tatau kenapa dan apa dah jadi kat diri ni . Sebelum ni bukan man lagi dalam satu hari dah boleh siapkan . Sekarang ni ambil masa berhari-hari . Omaigashhh == somebody help me . Tapi miraa bersyukur lah yg tempah ni semua sabar-sabar belaka . Kalau nak tengok blog yg dah siap tengok lah kat Gallery ni . Hehe .

Semenjak dua menjak ni blog miraa sikit je perubahan . Haih tatau lah kenapa macam susah betul nak edit . Makin berat pula tu . Lagi tu kan susah jugak bila banyak yg tanya pasal ombak-ombak tu . Miraa mintak maaf sangat-sangat sebab belum dapat buat tutorial untuk tu . Tapi jangan lah pula korang jadi pencuri pegi buka itu ini . Tu dah melampau . Aku tumbuk muka ko nanti . Haha . Okay now like seriously takde idea dah nak taip apa . =_________________________________________=

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

1 comment:

  1. Kak mira updatelah pasal siapa dapat bookmark apa tu? :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini