Pra-Universiti | Menunggu UPU

Views
Assalamualaikum . Isnin ni masuk lah miraa semula ke sekolah dengan berpakaian seragam yg lengkap tanpa lencana dan tanda nama . Berlagak seperti orang baru di sekolah walhal sudah lama di sana . Hihik . Miraa tak sabar nak tunggu keputusan UPU keluar dan harap-harap tak ada masalah dengan permohonan haritu . Sebab masa mula-mula miraa ada tersalah masukkan IC ibubapa . Tapi tak tahu lah pula apa kejadiannya nanti . Sama-sama je lah tunggu . Yg miraa tahu setakat ni , keputusan ke Politeknik Premier akan diumum pada 17 Mei . Ada lagi 6 hari lah daripada hari ini . Dan untuk Konvensional/METro pada 24 Mei . Huhu lama lagi tu tapi kena sabar lah . Keputusan yg lain tak tahu lagi . Harap-harap dapat tawaran lain . Amin .

Rabu lepas miraa pergi mendaftar . Yeah pakai baju scola yg serupa jubah . Panjang gila sampai betis . Konon je lah . Hiperbola lebih . Hihik . Then ada banyak orang . Ada yg baru ada yg lama . Miraa nampak jugak kawan lama dulu masa tingkatan 1-2 ada datang . Then kawan satu kelas pun ada datang kecuali yg masih lagi dalam PLKN . Hihihik . Masa mendaftar tu kan , ramai yg bersama ibubapa didahulukan . Apa lah jua kami ni . Berdikari . Ceh . Haha . Selesai je mendaftar , miraa dengan yg lain pergi serang restoran Juara makan nasi ayam . Tira "payong" . Aisemen haha . Jiah pun ada ikut . Tapi dia bukan daftar . Dia masuk Matriks nanti . Huhu berjauhan la nampaknya .
Lepas kitorang makan , kitorang headoff ke Fatimah Trading . Beli kain cream tu . Hihik pening jugak uncle tu bila Tira kata "1 liter" haha . So tak cukup sebab kat sekolah mungkin yg pergi borong . Huhuk . In the end , Umairah beli 1 meter lebih , Amalina beli 2 meter lebih dan saya Miraa beli 3 meter lebih . Haha . Sampai rumah je mom terus kata , "Itu bulih buat dua tu terus" haha miraa bukan tahu pun untuk kain berape meter . Mom selalu beli untuk buat baju kurung 4 meter sebab tu miraa pergi ikut nak cukupkan 4 meter . Ekekeke .

Persediaan lain ? Tak tahu lah . Berat hati ni nak teruskan tinggal dalam tingkatan enam . Memang lah senang sebab dah kira buat diploma , tapi yg lain pun bagus juga kan ? Maybe kalau miraa teruskan dalam tingkatan 6 ni pun , after tamat miraa pergi apply Pendidikan . Hihik . Kalau ada rezeki masuk UPSI , nanti boleh jadi guru . Macam my cousin . She's Chinese . Dulu masuk UPSI now jadi guru BI . Who knows what I can get kan ? Haha ayat serupa keling dah . Have a nice day and goodluck kat mereka yg sedang dan akan exam next week :-)

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

5 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini