Baju Kurung Moden Terkini

Views
Baju kurung adalah salah satu pakaian tradisional yang sering menjadi pilihan wanita di Malaysia. Bukan sahaja dipakai sebagai baju raya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri malah digunakan untuk ke majlis-majlis seperti kenduri kahwinmajlis makan malam dan majlis formal yang lain. Sifat baju kurung yang sangat versatile membolehkan anda memakainya untuk ke pejabat juga.

Kini ianya telah diberikan sentuhan yang lebih moden sesuai dengan arus trend fesyen Muslimah terkini yang sedang popular. Fesyen baju kurung moden terkini dilihat lebih segar dan membolehkan fesyen pakaian Muslimah berkembang ke satu tahap yang lebih tinggi dalam pentas fesyen Malaysia. Kemunculan rekaan baru yang lebih trendy juga adalah hasil daripada sentuhan kreatif pereka-pereka fesyen tanah air. Usaha mereka berhasil apabila pasaran dress Muslimah ini mendapat permintaan yang tinggi dan antara contohnya ialah baju kurung modenbaju kurung Pahang, baju kurung cotton, baju kurung pesak dan baju kurung Kedah.

Beberapa tahun yang lepas baju kurung peplum kembali popular and hit the fashion world with a full force. Stail yang sangat sinonim dengan biduanita Saloma itu telah digabungkan dengan rekaan baju kurung tradisional dengan rekaan yang lebih elegant. Dunia fesyen memperlihatkan kemunculan semula fesyen baju kurung ini dengan begitu meriah sekali. Ia juga menjadi antara trend fesyen baju raya 2014 yang paling popular dan menjadi pilihan ramai wanita untuk sambutan perayaan itu.

Raikan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 dengan bajukurung moden daripada koleksi baju raya 2015 terkiniBanyak website online shopping Malaysia ataupun butik Muslimah online yang menawarkan pelbagai koleksi baju raya terkini online daripada pelbagai jenama terkenal serta koleksi eksklusif baju raya daripada pereka-pereka fesyen terkenal di Malaysia.

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini