Nexus Resort & Spa Karambunai : Internship & Part timer (Part 1)

Views
Assalamualaikum! HOHOHO. Dah lama gila-gila tak hapdet blog or any entry yg panjang berjela dengan perkataan sebab busy dan takde masa nak ngadap laptop. Boleh nampak sangat that last year and this year blog entry sangat-sangat-sangat sedikit. Tapi last year lagi lah sikit HAHAHA. Career blogging pun dah terkubur *eceh career katekau* hahaha entah apa entah yg Miraa mengarut ni. Okay back to the topic *muka serius* huhu padahal senyum HAHAHA

So nak di ceritakan lah kisah selama internship di Nexus ni...
Huhuhuhu.  Kitorang dalam kelas CA16 masing-masing pilih tempat practical yg berlainan dan ada beberapa orang yg dapat tempat yg sama. Dan kat sana lah di mana Miraa, Lia, Yoel, Brandon dan David ni jadi #teamNexus untuk CA16. Kerrrlasss kau siap ada hesteg haha.

So pada bulan pertama ni, Miraa masuk kat bahagian staff kitchen (Sunrise Kitchen) which is where we have to prepare foods for staffs kat Nexus. OMG! Hahaha. Miraa one team dengan Yoel and Chef Awang is our person incharge. Biase lah bro, baru masuk. PATAH habis bah saya since first day masuk sampai nangis-nangis sebab for me the job is too much. Well technically I was a cengeng girl. So yada yada this yada yada that. Asyik merungut ja kerja, nangis lah sebab stress HAHAHA sebab spesis lemah konon bila buat kerja. 

The things that I've learn masa kat staff kitchen ni is that, always make good planning and make sure that you can finish your given task on the exact time given. You need to come earlier than your scheduled time. Clean as you go! Tak nak lah oiiiii kerja kemain nak siap awal dan tepat pada masanya tapi keadaan berterabur! Hahaha. Next, kena bagi kerjasama dengan rakan sekerja. Tayah nak berlagak pandai kalau korang tak tahu apa nak buat and yada yada. Respect others, be humble and control your emotions. Huhuh. Tipu lah kalau Miraa takde nangis or marah-marah sepanjang practical ni. Tipu gile gile la kalau nak menafikan semua tu. Mohon ke laut please. Hahaha. Dan sepanjang awal practical ni kan, OFF DAY je yg Miraa tunggu-tunggu setiap minggu. Baru lah tahu apa perasaan orang yg seminggu sekali je dapat cuti. Memang off day tu dikatakan paling heaven lah masa tu. Kesian hahaha.

Sepanjang ditugaskan kat staff kitchen a.k.a Sunrise ni kan, tiap kali shift petang and semua task dah siap... Miraa mesti akan pi kat cold kitchen. Eh boleh hokayyy. Haha. Kat situ Miraa ada lah sikit-sikit amek ilmu dari abang-abang cold kitchen HAHAHA. Anything yg kena ajar, tulis kat buku nota. Selain cold kitchen, semasa shift petang ni Miraa sempat jugak jaga buffet The Penyu Restaurant dan jugak The Kingfisher restaurant.

Miraa kat Sunrise Kitchen ni lebih kurang 1 bulan lebih jugak lah. Lepas tu baru lah Miraa di transfer ke Sunset Kitchen. Haaa kau. Dari Sunrise ke Sunset gitchu. The irony. HAHA. Kalau nak diceritakan satu persatu kisah kat Sunrise Kitchen ni, sampai esok pun tak habis. Hehe. So Miraa tamatkan lah entry pengalaman Miraa kat Sunrise Kitchen dan akan bersambung ke Sunset kitchen nanti. HAHAHA mengada sungguh nak ada bersambung-2 bagai. Huhu. Okay. TTFN.



Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

2 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini