Nexus Resort & Spa Karambunai : Internship & Part timer (Part 2)

Views
Assalamualaikum. We meet again. Eseh hahaha. So this entry basically sambungan entry Miraa yg sebelum ni which is the part 1 Miraa practical kat NRSK dan kat bahagian Sunrise Kitchen. Dalam entry kali ni Miraa akan kongsi pengalaman Miraa sepanjang kat Sunset Kitchen pula semasa practical. Hahahaha. Mengadanya ayat kau Miraa *emoji mata keatas*


Okay. Masa Miraa first time masuk kat Sunset Kitchen ni kannnnnnnnnnnn~

Yang masa betul-betul lah first time masuk kat Sunset ni, muka blur-blur sebab tak pernah pun jejak kaki kat sana. Pernah pun SEKALI je tu pun sebab hantar item dari cold kitchen. Time tu tolong Lia hahaha. Then tak sampai ke dalam pun. Terus blah pi cold kitchen. Okay, masa masuk kat sana ada budak intern lain jugak which is Yuyue. Miraa ni pulak baru dapat tahu that dah di transfer kat Sunset kitchen via face to face time baru nak masuk shift petang. HUHU. So sampai je kat Sunset, dengar lahhhhh briefing dari Chef Anthonio. Fuh kau! Time tu memang skema habis lah iolls ni. Boleh dikatakan jenis lurus jugak lah HAHAHA. 

So after few weeks, seminggu lebih kot... Lia pun di transfer ke Sunset kitchen. OMG! Satu team dengan si tagap hahaha. Kat sini Miraa banyak kot belajar pasal western thingi. Masak pasta, buat pizza, burgers, steaks, salads, fruit platter and all. Masa Miraa kat Sunrise dulu, mostly belajar basic kitchen stuff which really berbaloi sebab takde lah terkial-kial kalau nak buat kerja dalam jumlah yg besar. I mean like, potong-potong this and that lah.

Seriously kalau korang practical kat Sunset ni, semua benda korang akan belajar buat. From A to Z diorang akan ajar. Dan masa mula masuk staff yg ada Chef Anthonio, Melanie and Dannis. Masa awal-awal bukan biasa pun. Tapi lama-lama dah macam apa ja. HAHAHA. Kalau tak tahu, tanya. Resepi semua, salin! Penting kottt. Slow-slow Chef, Mel and Dannis ajar prepare this and that sampai korang pandai. Dari mise en place, sampai lah ke food preparation (masak-masak and plating) korang sendiri akan buat.


Selama Miraa kat Sunset Kitchen ni as a trainee, semua shift Miraa dah pernah masuk. Dari shift pagi, ke middle shift sampai lah ke shift petang. Semua dah cuba try test. Kecuali IN lah :D Time shift pagi, korang lah yg akan check mise en place, double check pasta and pizza dough, pick up butcher and pastry item, on semua gas and pizza oven, check item 86 and all. Then middle shift pula selalunya akan backup mana-mana task yg tak sempat dibuat oleh morning shift especially kalau sorang je. Wuish patah wooo. Hahaha. Then yg shift petang lak buat lah apa yang patut dan topup mise en place untuk dinner attack lak. Kalau korang kena pulak time OCC hotel tinggi. Kebaboom! Dari 12noon sampai ke petang lah buat order. Then after that, from 6PM pulak saaaampai ke 10PM dinner. Menangis je tak hahaha. Idk lah for me, best lagi kot ala carte rather than buffet. Tapi mostly orang akan suka buffet daripada ala carte. Tapi nak buat macam mana kalau Miraa jenis yg suka ala carte kan? Hahaha



The thing is, even tho Sunset Kitchen ni selalu sangat busy dengan ala carte... The team and the working environment is pretty fun dan tak bagi stress pun. Tak tahu lah pulak kalau some people not experiencing the same thing.


Things that I've learn from Sunset Kitchen is really priceless. Huhuhu.

Dan percaya atau tidak, kat Sunset Kitchen jugak lah Miraa mula kerja as a part timer kat hotel industry. Ecewah hahaha. Right after kitorang habis practical, kitorang rehat dan balik rumah masing-masing. Dan tak lama selepas tu, Miraa ngan Lia masuk semula kat Sunset not as a trainee, but as a part timer. Jeng jeng jeng... Miraa akan sambung kat entry seterusnya ya hahaha. See ya tonight @ 8PM...

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini